Home » » Cerita Muktamar PAS 61, serba tak tak kena ...

Cerita Muktamar PAS 61, serba tak tak kena ...

Oleh Putera Taulan

Tahun ini Muktamar PAS ke 61 diadakan di Kuala Selangor dan Muktamar Pemuda sehari aupun saya tidak terlibat secara langsung tetapi saya tidak pernah tidak hadir ke program Parti PAS yang terbesar itu..
sebelumnya diadakan di Shah Alam. Seperti biasa wal

Kehadiran saya ke Muktamar Pemuda kali ini lebih istimewa kerana sahabat baik saya Muhammad Faiz Fadzil bertanding sebagai salah seorang AJK Pemuda PAS Pusat.

Walaupun beliau kalah tapi kekalahan itu disambut dengan kegembiraan kerana dia hanya bertanding bagi meraikan demokrasi dalam PAS. Tetapi apa yang dapat disaksikan adalah sikap sesetengah daripada ahli PAS yang menyambut beliau dengan gelaran dan label.

Ada yang menuduhnya dari golongan IRC, JIM dan IKRAM dan ada sesetengahnya sentiasa mendendangkan lirik "Iman tak dapat diwarisi" bagaikan mereka lebih mengenali ayahandanya Almarhum Ustad Fadzil Noor mantan Presiden PAS.

Masih teringat sewaktu kami berdua bersama UFN yang sentiasa berjenaka walaupun tegas orangnya.

Esoknya pada hari Khamis seperti biasa menjadi driver untuk membawa Abah ke Muktamar PAS di Kuala Selangor.

Sepanjang perjalanan kami hanya membincangkan berkenaan keadaan parti PAS sekarang dan dulu.

Sampai sahaja di exit LATAR ke Kuala Selangor kami disambut oleh satu banner Ahlan Wasahlan dengan wajah Mursyidul Am dan Presiden dan ditepinya pula wajah Ust. Idris, Iskandar Samad dan Ust Nik Amar. Terasa pelik pula dimana gambar Timbalan Presiden Mat Sabu. Di hati bersangka baik mungkin ini banner dari penyokong pemimpin tertentu.
 
Sepanjang perjalanan telahan saya ternyata salah, banner rasmi Muktamar PAS pun hilang gambar Timbalan Presiden.

Saya ada bertanya kepada beberapa pihak kenapa?

Apa yang saya terima ialah mereka tidak boleh membuat keputusan berkenaan gambar sehingga dua hari terakhir hingga menyusahkan proses percetakkan.

Sehingga kini saya masih belum mendapat jawapannya mengapa tiada gambar Timbalan Presiden di kesemua banner.

Walaupun saya personally ada beberapa perkara tidak dapat bersetuju dengan Abang Mat Sabu tetapi kami kalau bertemu boleh bersembang dan yang pasti mesti pakat tergelak dengan lawak Abang Mat.

Tidak sepatutnya penganjur berbuat demikian walaupun tak bersetuju dengan Abang Mat. Setidak-tidaknya dia masih Timbalan Presiden PAS sehingga muktamar ini habis.

Muktamar kali ini juga dilihat ramai para perwakilan menerima sms kempen untuk memilih pemimpin tertentu tetapi bahasa yang digunakan langsung tidak mencerminkan akhlak Islam...

Mungkin dibuat secara reverse psychology ataupun daripada pihak yang inginkan perpecahan dalam PAS. Allhua'lam. Hanya Allah Yang Mengetahui.

Sewaktu sebelah petang selepas menghantar Abah untuk pengundian saya berdiri di depan pintu masuk dewan yang mana ramai para perwakilan dan pemimpin hadir.

 Tiba-tiba sebuah Mercedes lama datang dan dibelakangnya terdapat sebuah Fortuner Hitam dan pengawal seperti UTK didalamnya keluar dengan tangkas dan hebat.. Saya ingatkan Menteri mana yang hadir untuk Muktamar PAS ... Rupa-rupanya TGHH ... Memang hebat Presiden PAS..

Saya hanya duduk di luar bersembang dengan para perwakilan, unit amal dan para pemerhati yang datang sambil mendengar perbahasan melalui hijau.fm .

 Di hari kedua ini seorang perwakilan membangkitkan isu berkenaan kewangan parti sambil bertanya beberapa soalan.

 Selepas itu tanpa dijawab atau dibahaskan Timbalan Pengerusi Tetap menutup isu tersebut tanpa dijawab atau dibahaskan.

 Seorang perwakilan mempersoalkan kenapa perlu ditutup sedangkan ia belum dibahas dan dijawab tetapi Timbalan Pengerusi Tetap menyatakan yang ia akan dijawab sewaktu penggulungan.

 Adalah pelik tindakan ini sedangkan sepatutnya ia perlu dbahas oleh perwakilan samaada terdapat cadangan ataupun persoalan perlulah dibahaskan di muktamar untuk diluluskan atau tidak kerana ini melibatkan perjalanan parti.

Sewaktu pengundian berlansung di sebelah petang pula dilihat beberapa gambar keluar di media sosial yang mana perwakilan menggunakan "chai" untuk membuat pemilihan pemimpin.

 Saya tak tahu nama di senarai tersebut tetapi tindakan tersebut amat memalukan PAS.

Seolah-olah perwakilan yang dihantar oleh Kawasan tiada keupayaan untuk membuat pemilihan, seolah-olah mereka tidak kenal pemimpin yang akan mereka pilih.

Tindakan sesetengah mereka ini telah mencemarkan nama baik PAS sebagai sebuah parti Islam dan parti tertua di negara ini.

Di hari ketiga saya tak lagi pergi ke Kuala Selangor kerana Abah dan mak ingin berangkat pulang ke kampung kerana banyak jemputan kenduri perlu dipenuhi. Jadi saya hanya menonton secara live di youtube.

Sewaktu perbahasan di hari ketiga ini sekali lagi saya dikejutkan dengan perjalanan perbahasan Muktamar.

 Usul daripada dewan ulama berkenaan memutus hubungan dengan DAP diluluskan tanpa membenarkan perbahasan atas sebab sensitif.

 Jawapan daripada Dato Mahfuz dan Dato Mustafa Ali yang usul tersebut perlu dibincangkan oleh Majlis Syura amat tidak meyakinkan.

Ust Nasruddin Hassan memberikan alasan menggunapakai peruntukkan 26(9)(k) berkenaan pertimbangan membuat keputusan bersama parti lain perlu diputuskan oleh MSU keranaia melibatkan hukum.

Tetapi ini berkenaan usul di dalam muktamar. Bagaimana satu usul di dalam muktamar boleh diluluskan tanpa bahas.

Para pemimpin PAS perlu menjelaskan kepada ahli yang bingung. Sedangkan di dalam perlembagaan PAS dengan jelas menyatakan yang kuasa tertinggi adalah muktamar tahunan.

 Alangkah lebih baik usul dari dewan itu ditolak dahulu sebelum dibincangkan dan dibahaskan. Alangkah lebih baik sekiranya usul tersebut dirujuk terlebih dahulu ke MSU sebelum dibentangkan. Itu belum dikira lagi yang kesemua dalam MSU dan dewan ulama adalah ulama.

Berapa orang di dalam AJK Pas Pusat dan Dewan Ulama berada dalam MSU.

 Sekarang isu ini akan terus menghantui PAS dan penglibatan mereka di dalam kerajaan Pulau Pinang dan Selangor.

Adakah perkara ini tidak dapat diselesaikan oleh parti Islam. Adakah setelah 61 kali menjalankan Muktamar perkara berkenaan usul, perbahasan dan procedure perjalanan menyuarat pun masih tidak pasti.

 Kita terlalu menjaga perjalanan meyuarat Cawangan dan Kawasan takut-takut ada yang tak sah dan menyebabkan parti diharamkan seperti UMNO tetapi perjalanan Muktamar tahunan pun kita teraba-raba.

Putra Taulan
8/6/2015.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.